PERJUMPAAN PERTAMA
Abah Moh dan Umi Fiza, mengumumkan 20 orang kami sebagai ahli team MUDALELA. Pelantikan Jawatankuasa dibuat dan ahli sebulat suara memilih Helmi sebagai ketua diikuti jawatankuasa lain. Abah Moh dan Umi Fiza menegaskan bahawa team ini hendaklah bersatu hati dan bekerja dengan ikhlas. Selain bekerjasama dalam pasukan di samping saling berkasih sayang antara satu sama lain. Kasih sayang itu amat penting dalam pembentukan kerja khidmat komuniti. Semua ahli bersetuju untuk berkhidmat dengan ikhlas dan bersatu hati tanpa mengira kaum, agama, dan status. Pada pertemuan pertama ini juga, kumpulan Mudalela melantik jawatankuasa untuk projek kumpulan ini.
No comments:
Post a Comment